Wednesday, August 26, 2009


Semangat Kemerdekaan

Hanya beberapa hari sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan semangat untuk menyambutnya kali ini semakin dirasai semua pihak. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-52.

Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam ingatan golongan tua, namun bagi golongan muda-mudi hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Selain daripada itu, pelbagai cara lagi digunakan bagi menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Namun bagi saya, semangat kemerdekaan bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengingati pengorbanan mereka yang merealisasikan kemerdekaan Negara kita dengan berusaha membangunkan Negara ini dan menjalani hidup kita dengan bersatu-padu sebagai satu bangsa, satu negara, satu Malaysia. Viva, Malaysia!


No comments:

Post a Comment