Thursday, August 13, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN ‘JOBS PLACEMENT DAY’


Program pertama seumpama ini dianjurkan khusus untuk menyahut seruan Kementerian Sumber Manusia untuk menempatkan pekerja-pekerja yang telah diberhentikan dengan majikan baru. Sekalung tahniah kepada Jabatan Tenaga Kerja dan semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan.

Program latihan Train and Place dan Skim Latihan Dual Nasional antara program yang disediakan oleh JPK. Antara lain program ini memberi peluang pekerja yang diberhentikan mendapatkan kemahiran baru dan seterusnya ditempatkan dengan majikan tertentu . Secara ringkasnya pekerjaan akan mendapat pekerja selepas tamat latihan.

Pada masa yang sama Kementerian juga telah meluluskan peruntukan bagi 'Program Train and Place' bagi pekerja diberhentikan dan graduan yang menganggur. Jabatan dan Agensi di bawah KSM juga menawarkan peluang-peluang latihan kemahiran untuk ditawarkan kepada golongan sasaran tertentu.

Objektif program ini antara lain adalah untuk menggerakkan jentera KSM dan majikan yang memerlukan pekerjaan bagi membolehkan pengisian kekosongan jawatan dengan segera. Disamping itu juga sebagai satu usaha pelbagai bagi penempatan pencari kerja dengan mengadakan kerjasama erat bersama rakan kongsi pekerjaan (employment partners) dikalangan majikan dan agensi pekerjaan swasta.

Program ini juga bertujuan memperkenalkan dan menggalakkan Latihan Kemahiran di kalangan pencari kerja serta pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja serta golongan sasaran lain melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh KSM. Penganjuran program seumpama ini menjadi Pusat Khidmat setempat bagi membolehkan pelanggan KSM mendapatkan maklumat secara lebih pantas dan bersepadu. JTK akan menjadi penyelaras kepada keseluruhan program ini yang akan dilaksanakan secara serentak di semua 15 pusat yang telah dikenalpasti secara giliran.

Adalah diharap bahawa agar program seumpama ini dapat diperluaskan dan diteruskan mengikut jadual seperti yang ditetapkan pada masa-masa akan datang. Kita sedia maklum dunia pada masa kini mengalami satu transisi ekonomi yang tidak stabil ke arah kemelesetan ekonomi dunia.


Kelebihan

Program Penempatan Pekerjaan (Jobs Placement Programme) dapat membantu dan memudahkan penempatan pencari kerja, serta penempatan semula pekerja yang telibat dengan pemberhentian pekerja. Asas program ini untuk membantu majikan mendapatkan pekerja dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan baru. Krisis ekonomi global yang melanda telah memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia hingga memaksa mereka melaksanakan tindakan Pemberhentian Kerja.
Melalui program ini, para peserta akan dibantu dari segi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat antarabangsa atau yang terkemuka sejurus selepas tamatnya program ini. Jesteru itu, peluang pekerjaan yang menarik menunggu mereka yang menyertai program ini tanpa mereka perlu membayar apa-apa wang atau berbuat apa-apa..

Tambahan lagi, aktiviti ini juga boleh memberikan peluang peningkatan kemahiran melalui tawaran peluang latihan di bawah Kementerian. Peserta-peserta juga mendapat peluang untuk menceburi bidang pekerjaan yang baru dan berbeza daripada pekerjaan lama mereka di samping meningkatkan tahap kemahiran mereka yang sedia ada

Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada golongan peserta untuk berkongsi pengalaman tentang pekerjaan lepas mereka dan sekaligus memberi peluang untuk mereka meningkatkan pengalaman mereka yang sedia ada. Ini amat bermenafaat kepada mereka yang mungkin ingin memasuki bidang pekerjaan yang baru tetapi kurang berpengetahuan tentangnya. Pada masa yang sama, percepsi buruk atau sterotaip yang basi juga dapat diperbetulkan agar membantu mereka menceburi bidang yang digemari.

Akhir sekali,peserta program ini juga dapat mencari kenalan baru serta mungkin juga rakan perniagaan yang baru (jika mereka memulakan bidang pekerjaan bersama-sama)
Program ini yang berlanjutan selama 2-6 bulan dapat memberi peluang yang cukup untuk berkenalan antara satu sama lain dan mendapat kawan baru.


Kelemahan

Kementerian mendapati masih terdapat majikan yang menghadapi kesukaran mendapatkan calon pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan di tempat mereka walaupun mereka telah habis program ini. Ini kerana kebanyakan daripada pihak penyedia program ini gagal untuk melatih peserta dengan baik dan mencapai standard yang telah ditetapkan oleh industri.
Selain daripada itu, peralatan dan kemudahan yang kurang lengkap seperti kekurangan computer atau kertas, nota-nota, atau ruang/ bilik darjah juga menyumbang kepada ketidakberkesanan program ini.

Ada di antara pihak penyedia latihan juga masih baru ditubuhkan, jadi mereka tidak menpunyai pengalaman atau tenaga pengajar yang mencukupi untuk menjayakan program ini. Sesetengah tenaga pengajar juga masih muda dan tidak berpengetahuan dalam subjek yang diajar. Ini menyebabkan ramai daripada peserta bosan dan berhenti dari program ini secara melulu.

Tambahan lagi, wang sara diri yang telah diperuntukan adalah tidak mencukupi untuk menyara diri masing-masing sehingga tamat kursus. Ada di antara mereka mempunyai beban kewangan yang tinggi dan tidak mampu untuk bertahan dengan wang elaun yang begitu sedikit. Ini menyebabkan ramai dari golongan graduan dan yang telah diberhentikan pekerjaan tidak berminat untuk menyertai program ini langsung.

Kebanyakan sukatan pelajaran juga tidak relevan dan tidak membantu dalam meningkatkan pengetahuan atau skill para peserta. Ini menyebabkan para peserta kerap keliru dan tidak berpuas hati dengan apa yang diajar.

Faedah Yang Diperolehi

Peserta-peserta Program Penempatan Pekerjaan (Jobs Placement Programme) ini dapat menikmati elaun sara diri sebanyak RM500 bagi golongan graduan manakala RM800 pula disediakan untuk golongan yang telah diberhentikan kerja. Wang ini tidak termasuk wang untuk penginapan sebanyak RM 200 sebulan dan juga segala urusan penginapan telahpun diuruskan oleh pihak penyedia latihan program ini.
Selain daripada itu,peluang pekerjaan baru yang lebih baik juga menanti peserta yang tamat kursus.


Langkah Mengatasi Masalah

Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan termasuklah menjalankan permantauan yang berterusan dan kerap serta tulus bagi memastikan pihak penyedia latihan dapat mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh industri agar peserta dapat mendapat pekerjaan dengan mudah bila lulus kelak. Pihak kerajaan atau dari pihak Kementerian Sumber Manusia harus memastikan bahawa segala sumber dan kemudahan yang disediakan oleh pihak penyedia latihan program ini adalah mencukupi dan lengkap agar pesrta dapat menjalankan latihan mereka dengan baik dan tanpa halangan. Ini juga sama bagi tenaga pengajar yang harus berpengetahuan dan berpengalaman dalam subjek yang diajar bagi memastikan latihan dapat dijalankan dengan berkesan.
Akhir sekali, diharap bahawa elaun sara diri dapat ditingkatkan untuk memastikan para graduan dan golongan yang diberhentikan dapat menyara diri.
Adalah diharap segala kelebihan dalam program ini dapat direalisasikan dan kelemahan program ini dapat diatasi untuk menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment